7 maut kemalangan ngeri -- Tiga anggota polis, empat orang awam terbunuh kereta rempuh sekatan jalan raya
http://i6.photobucket.com/albums/y212/Phototakeraptereosaurus/freak_accident.jpg
PULAU PINANG 18 Sept. - Tujuh termasuk tiga anggota polis, dua daripadanya anggota sukarela dan empat orang awam maut apabila sebuah kereta merempuh sekatan jalan raya di Lebuhraya Jelutong (JE) di sini, awal pagi ini. Kejadian berlaku pada pukul 2.02 pagi ketika anggota polis itu mengadakan sekatan jalan raya di lorong motosikal apabila sebuah kereta Proton Wira yang dipandu laju dari arah Georgetown menghala ke Bayan Lepas hilang kawalan lalu merempuh mereka.
Ketua Polis negeri, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, orang awam yang terbunuh ialah pemandu dan dua penumpang kereta Proton Wira itu serta seorang penunggang motosikal yang sedang diperiksa oleh anggota polis berkenaan.
Menurutnya, tiga anggota polis yang maut ialah Lans Koperal Ridzuan Jaafar, 41, dari Balai Polis Jelutong; Konstabel Sukarelawan Polis Shamsuri Mohamed, 30, dan Konstabel Sukarelawan Polis Lok Wan Loo, 35.
Katanya, turut terbunuh ialah pemandu kereta itu, Rokaib Mohd. Amin, 20, dari Gambang, Pahang dan dua penumpang kereta iaitu Azura Romli, 20, dari Pendang, Kedah dan Mohamad Azrul Nayan, 21, dari Pekan, Pahang.
``Seorang lagi penumpang kereta iaitu Mohd. Taufik Abdul Hamid, 20, juga dari Pekan, Pahang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.
Menurutnya, penunggang motosikal yang maut pula ialah Mohamad Izwan Badri, 19, dari Titi Gantung, Bota, Perak.
Beliau berkata, teman wanita Izwan, Rofisah Ahmad terselamat kerana sebaik berhenti di sekatan jalan raya itu, dia turun dari motosikal dan berdiri di tepi jalan menunggu pemeriksaan selesai.
Katanya, Shamsuri, Rokaib, Azura dan Izwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ridzuan, Wan Loo dan Mohamad Azrul meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Menurut Christopher, kereta Proton Wira yang dipandu oleh Rokaib dipercayai hilang kawalan selepas dipandu laju dalam keadaan hujan renyai di lorong paling kanan JE.
Ketika itu, menurutnya, sepasukan tujuh anggota polis dari Balai Polis Jelutong sedang mengadakan sekatan jalan raya di laluan khas motosikal berhampiran jejantas Jalan Tengku Kudin sejak pukul 11.30 malam bagi tujuan mencegah jenayah curi motosikal.
Menurut Christopher, akibat gagal dikawal, kereta itu merempuh besi penghadang sisi jalan lalu terbalik dan merempuh tiga anggota polis yang sedang memeriksa seorang penunggang motosikal.
``Empat anggota polis lain yang turut bertugas di sekatan jalan raya itu nampak kereta yang dipandu oleh Rokaib gagal dikawal sebelum merempuh sekatan jalan raya tidak jauh dari jejantas Jalan Tengku Kudin,'' ujarnya.
Katanya, ketika kejadian, kesemua penumpang kereta itu dikatakan dari pusat bandar menghala ke Bayan Lepas untuk makan.
Ditanya sama ada pemandu kereta itu memandu di bawah pengaruh alkohol, beliau berkata, polis masih menunggu keputusan dari Jabatan Kimia.
Beliau memberitahu, kemalangan tersebut yang disifatkannya sebagai paling teruk di Pulau Pinang tahun ini yang melibatkan polis dan orang ramai itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Rofisah berkata, kejadian tersebut berlaku begitu pantas.
Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut dilihat berada dalam keadaan tertekan dan tidak mampu untuk bercakap walaupun dipujuk beberapa kali oleh ahli keluarganya ketika ditemui di bilik mayat HPP.
Ketika Rofisah sedang dipujuk dan ditenangkan oleh anggota keluarganya, dia tiba-tiba pengsan menyebabkan keadaan bertukar menjadi kelam-kabut.

N too bad for the old man, just praying for him can recover fast coz his leg broken!!~ :frown: