Rancangan VW rosak kerjasama strategik
RANCANGAN Volkswagen AG (VW) untuk menurunkan Proton Holdings Bhd (Proton) menjadi pemasang kereta WV dalam komponen terurai untuk dipasang (CKD) dan gesaannya untuk mengambil kepentingan penguasaan dalam Proton merosakkan rancangan mengadakan penggabungan strategik.
Seorang tokoh bank berkata, ia memang tidak boleh diterima oleh Proton supaya diturunkan daripada pengeluar auto sepenuhnya kepada pemasang kereta VW semata-mata, ini bermakna berakhirnya kebolehan Malaysia untuk memajukan dan mengeluarkan kereta.
Kelmarin, VW mengumumkan tidak akan meneruskan pembentukan ikatan strategik dengan Proton dan dilaporkan membatalkan gesaannya untuk mendapat kepentingan majoriti selepas perbincangan di Bangkok baru-baru ini.
VW mempunyai idea yang spesifik bagaimana untuk meneruskan kerjasama tetapi kerajaan Malaysia, Khazanah Malaysia dan Proton mempunyai idea yang berbeza.
Katanya, apabila Proton menerokai potensi usaha sama dengan VW, ia bertujuan mewujudkan kerjasama lebih rapat antara dua rakan kongsi dan penting sebagai projek nasional, Proton mengekalkan kebebasannya, namun VW mahu melaksanakan kawalan ke atas Proton termasuk mengendalikan kewangan, pengurusan, operasi pembangunan produk dan pengeluaran.
Sementara itu, Proton dikatakan masih belum menerima sebarang berita daripada pengeluar kereta Jerman, Volkswagen (VW) mengenai hasratnya untuk menamatkan rancangan bekerjasama dengan Proton membina dan menjual kereta jenama VW bagi pasaran tempatan.
Proton akan membuat pengumuman selepas ia menerima pengesahan rasmi
So what is ur comment about this?